Cipta alat ukur oksigen untuk golongan buta - Utusan Malaysia

Cipta alat ukur oksigen untuk golongan buta

ADELIA Shovia Putri (kiri) dan Dania Azra Nazifa mencipta alat oksibraille. – KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Dua murid sekolah berusia 11 tahun di Jawa Timur, Indonesia berjaya mencipta sebuah alat pengukur tahap oksigen dalam badan bagi golongan cacat penglihatan.

Lapor Kompas, Adelia Shovia Putri dan Dania Azra Nazifa dari Sekolah Rendah Muhammadiyah Manyar di Gresik mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menghasilkan Oksibraille.

“Pada mulanya kami menyangka ramai kanak-kanak cacat penglihatan mahu mengetahui tahap oksigen badan mereka tanpa bantuan orang lain.

“Jadi, kami mencipta Oksibraille ini untuk mereka,” kata Adelia ketika ditemui pemberita di sekolah itu.

Jelasnya, beberapa bahan digunakan untuk membangunkan Oksibraille antaranya perisian, penderia, bateri dan pembesar suara.

Menurut Adelia, alat pengukur itu dapat disambungkan pada komputer riba mahupun komputer yang mempunyai program Arduino untuk mengesahkan hasil keputusan termasuk mengesan sekiranya terdapat sebarang masalah pada peralatan tersebut.

“Cara alat itu berfungsi adalah pesakit buta hanya perlu meletakkan jari telunjuk mereka pada peranti dan tunggu selama 10 saat.

“Alat itu kemudian akan mengeluarkan bunyi yang mana pesakit boleh mendengar jumlah tahap oksigen mereka,” katanya.

Tambah Adelia, program Arduino dipilih kerana platform itu dianggap paling mudah difahami oleh kanak-kanak.

Sementara itu, Dania berkata, Oksibraille yang dibangunkan juga sama seperti fungsi sebuah alat oximeter.

“Peranti perlu ditetapkan semula setiap kali untuk mengekalkan kesahihan keputusan tahap oksigen semua orang. Tahap oksigen dikatakan baik apabila ia merekodkan lebih 95,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya