Bot bawa pelarian Rohingya terkandas di perairan Aceh - Utusan Malaysia

Bot bawa pelarian Rohingya terkandas di perairan Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah bot yang membawa sejumlah pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak mengalami kerosakan dan terkandas di perairan wilayah Aceh.

Kumpulan pelarian dari Myanmar itu sering cuba masuk ke Malaysia, Thailand dan Indonesia menggunakan jalan laut antara November dan April setiap tahun memandangkan gelora laut ketika itu lebih tenang.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) semalam memaklumkan, bot pelarian Rohingya itu dikesan kelmarin di kawasan perairan Bireuen, Aceh dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi melakukan operasi menyelamat.

Amnesty International menyatakan, kemungkinan terdapat 70 pelarian atas bot berkenaan, manakala ketua nelayan tempatan, Badruddin Jusuf memberitahu, jumlah itu mungkin lebih ramai iaitu kira-kira 120 orang.

Kehadiran bot tersebut disedari kumpulan nelayan dan mereka turut memberikan makanan serta air kepada pelarian berkenaan.

Pengarah Eksekutif Amnesty Indonesia, Usman Hamid berkata, operasi menyelamat perlu dilakukan segera bagi memastikan keselamatan pelarian itu.

“Perlu ada gerakan bersama bagi menyelamatkan semua pelarian itu memandangkan ada dalam kalangan mereka merupakan kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Lebih 730,000 pelarian Rohingya meninggalkan negeri Rakhine pada Ogos 2017 selepas tentera Myanmar melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan etnik itu.

Komuniti antarabangsa mendakwa junta Myanmar melakukan penghapusan etnik terhadap Rohingya dengan membunuh kumpulan minoriti itu, namun dakwaan itu dinafikan. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya