fbpx

AS salahkan Iran, rundingan nuklear gagal

LOJI tenaga nuklear Bushehr,Iran. - AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyelar Iran dengan menyatakan rundingan nuklear antara negara itu dan kuasa-kuasa dunia menemui jalan buntu kerana Tehran dilihat ‘tidak serius’ untuk kembali ke meja rundingan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memberi amaran Washington tidak akan membiarkan negara itu melengah-lengahkan proses rundingan, sedangkan dalam masa sama memajukan cita-cita pembangunan nuklearnya.

Tegasnya, AS akan mengambil ‘pilihan lain’ jika diplomasi terbukti gagal.

Teguran itu dibuat ketika diplomat menggantung pusingan ketujuh rundingan antarabangsa yang bertujuan menghidupkan semula perjanjian nuklear Iran 2015, dengan peserta AS dan Eropah menyuarakan kebimbangan selepas rundingan berlangsung selama lima hari.

Penilaian Blinken itu turut diakui Presiden Joe Biden.

Menurut jurucakapnya, Jen Psaki, enam pusingan pertama sudah ‘mencapai kemajuan’, tetapi pendekatan Iran minggu ini, ‘malangnya seakan-akan tidak cuba untuk menyelesaikan isu-isu yang ada.’

Psaki berkata, Iran ‘memulakan rundingan ini dengan pusingan baharu provokasi nuklear’ yang dilaporkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).-AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received