20 pelajar universiti ke tali gantung selepas pukul rakan hingga mati - Utusan Malaysia

20 pelajar universiti ke tali gantung selepas pukul rakan hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Mahkamah Bangladesh menjatuhkan hukuman mati terhadap 20 pelajar yang didapati bersalah membunuh seorang pemuda yang lantang mengkritik kerajaan menerusi media sosial pada 2019.

Mayat Abrar Fahad, 21, ditemukan di asrama universiti tempatnya belajar beberapa jam selepas dia membuat hantaran mengkritik Perdana Menteri, Sheikh Hasina kerana menandatangani perjanjian perkongsian bekalan air dengan India.

Abrar dipukul hingga mati menggunakan kayu pemukul kriket dan beberapa alatan tumpul yang lain selama enam jam oleh 25 pelajar yang merupakan ahli Liga Awami yang merupakan sayap Liga Bangladesh Chhatra (BCL).

Dalam pada itu, bapa Abrar, Fahad Barkat berkata, dia bersyukur dengan keputusan tersebut dan berharap dijadikan teladan oleh pelbagai pihak.

Selain itu, lima lagi tertuduh yang terlibat dalam kes tersebut bakal dipenjara seumur hidup.

Kesemua tertuduh yang dihukum mati berusia antara 20 dan 22 tahun serta merupakan pelajar Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh.

Mangsa juga merupakan pelajar di universiti tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya