Pengorbanan Lorenica pedalaman Sabah bukan sekadar mendidik

Pengorbanan Cikgu Lorenica guru di pedalaman Sabah bukan sekadar mendidik dalam bilik darjah

SEORANG guru di pedalaman Sabah, Cikgu Loren membangunkan aplikasi pembelajaran sendiri untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca tulisan Jawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di kawasan pedalaman, seorang guru di Sabah,  Lorenica Frenila Masundim bukan sekadar pendidik di dalam bilik darjah, malah menjadi pembimbing, penjaga dan sumber harapan kepada masyarakat setempat untuk keluar daripada kepompong kehidupan susah.

Setiap hari, mereka sanggup meredah jalan balak, sungai, lumpur dan cuaca yang tidak menentu demi memastikan anak-anak di kawasan terpencil tetap mendapat hak pendidikan yang sempurna. Mereka sanggup membeli kereta 4×4 yang mahal, mengorbankan kehendak peribadi demi menyempurnakan tugas di pelosok kampung.

 

Walaupun berdepan kesukaran, mereka tetap hadir dengan senyuman dan semangat yang tinggi demi melihat murid berjaya mengubah masa depan mereka.

Dalam keadaan sekolah yang serba kekurangan, guru-guru pedalaman tetap berusaha menyediakan bahan bantu mengajar sendiri, mencari idea kreatif untuk menarik minat murid belajar dan membantu mereka yang lemah tanpa mengira waktu.

Guru pedalaman sering menjadi individu pertama yang memberikan motivasi kepada murid agar terus bermimpi besar walaupun hidup dalam keterbatasan.

Cikgu Loren merupakan salah seorang guru yang telah mendedikasikan kemahirannya untuk mencipta aplikasi pembelajaran membaca tulisan Jawi yang bukan sahaja digunakan oleh murid-muridnya malah dinantikan juga oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mahu mempelajari tulisan berkenaan.

Lebih menyentuh hati ramai guru di pedalaman turut membantu kehidupan murid di luar akademik. Mereka membeli makanan, pakaian sekolah dan alat tulis menggunakan wang sendiri demi memastikan murid tidak tercicir daripada pendidikan walhal tempat tinggal mereka di rumah guru lebih memilukan, namun itulah pengorbanan seorang pendidik.

 

 

 

 

Maka pemilihan tema hari guru pada tahun ini Guru Bitara Nadi Negara amat bermakna bagi guru yang mengajar di pedalaman seperti Cikgu Loren, memandangkan banyak cabaran sebagai guru yang memerlukan kebitaraan dalam menyempurnakan tugas dan amanah sebagai pembimbing anak bangsa.

Sebagai seorang guru yang mengajar di pedalaman, dia rasa terharu dan bersyukur atas penghargaan, pengiktirafan dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak namun dalam masa yang sama, sedar tanggungjawab yang diamanahkan sudah semakin berat.

Sejak tahun 2025, Cik Loren memulakan projek PAntaS baCA Jawi (PASCA-ج) yang merupakan kajiannya di peringkat PhD di bawah tajaan Kementerian Pendidikan melalui Hadiah Latihan Lersekutuan (HLPS).

 

Aplikasi dibangunkan bagi membantu murid dan guru yang baru mengenali tulisan Jawi untuk menguasai kemahiran membaca Jawi dengan mudah dan pantas.

Namun aplikasi tersebut boleh dan sesuai juga digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan agama.

Bagi memastikan kualiti dan kebolehgunaan secara maksimum, aplikasi yang dihasilkan sentiasa berubah dan sudah mengalami lima kali penambahbaikan sejak diwujudkan.

Draf pertama PAntaS baCA Jawi (PASCA-ج) 1.0, sekitar lima peratus penghasilan aplikasi, telah menerima anugerah perak semasa International Teaching and Learning Innovation Competition 2025 (i-TLIC) anjuran Persatuan Penyelidik dan Khidmat Sosial Malaysia (AMRASS).

Draf kedua PAntaS baCA Jawi (PASCA-ج) 2.0, sekitar 50 peratus penghasilan aplikasi, telah menerima anugerah emas dan anugerah khas dalam Pertandingan Inovasi Alam Melayu (IMAN25) kelolaan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) anjuran UiTM Shah Alam.

PAntaS baCA Jawi (PASCA-ج) 3.0 telah mendapat Anugerah Emas dalam Virtual Innovation Competition Exhibition VICE’25. Versi 4.0 iaitu 90 peratuspenghasilan telah dibentangkan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI 2026).

 

Projek berkenaan juga telah mendapat sumbangan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah 2025 (AKSA) daripada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Versi terbaharu yang lebih interaktif iaitu PAntaS baCA Jawi (PASCA-ج) 5.0 akan dipamerkan dan dipertandingkan di Jakarta, Indonesia pada bulan Jun nanti.

Aplikasi tersebut boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat dalam dan luar negara yang boleh berbahasa Melayu dan boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store apabila siap sepenuhnya nanti katanya.

Dengan kejayaan tersebut, Cikgu Loren berharap guru-guru pedalaman sentiasa bersemangat mengharungi cabaran.

Mungkin berasa situasi kita terlalu perit namun di luar sana terdapat lebih ramai individu yang mengalami kesusahan lebih berat, bersyukurlah kerana mendapat peluang berbakti untuk golongan yang memerlukan.

“Ingat setiap insan dilahirkan dengan kebitaraan, kamu pun memiliki salah satu daripadanya, “ ujar Cikgu Loren. Aplikasi tersebut dibangunkan selaras dengan kajian doktor falsafah (PhD.) beliau iaitu berpandukan model ADDIE dan berharap dapat mencapai objektifnya secara maksimum iaitu membantu masyarakat menguasai kemahiran membaca Jawi.- UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN