Mahkamah AS gantung sekatan terhadap pakar PBB mengenai Palestin

Mahkamah AS gantung sekatan terhadap pakar PBB mengenai Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan injunksi sementara terhadap sekatan yang dikenakan Washington tahun lalu ke atas seorang pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wilayah Palestin yang diduduki.

Pelapor Khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Francesca Albanese dikenakan sekatan pada Julai 2025 selepas beliau secara terbuka mengkritik dasar Washington terhadap Gaza.

Ketika mengumumkan sekatan itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio mengecam kritikan pakar PBB tersebut terhadap AS dan berkata, Albanese yang mengesyorkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pakar kelahiran Itali itu, yang memegang mandat berkenaan sejak 2022, menerima kritikan hebat daripada Israel dan beberapa sekutunya susulan kritikan berterusan serta tuduhan lama beliau bahawa Israel melakukan genosid di Gaza.

Dalam perintah mahkamah pada Rabu, Hakim Daerah AS, Richard Leon meluluskan injunksi awal terhadap sekatan tersebut, menurut dokumen mahkamah yang dilihat AFP.

“Melindungi kebebasan bersuara sentiasa demi kepentingan awam,” tulis Leon dalam penghakiman yang mengiringi perintah itu.

Albanese, yang sebelum ini menyifatkan sekatan AS itu dirancang untuk ‘melemahkan’ misinya, meraikan keputusan tersebut di media sosial.

“Terima kasih kepada anak perempuan dan suami saya kerana tampil mempertahankan saya, serta semua yang telah membantu sehingga ini. Bersama-sama kita adalah satu,” katanya dalam kenyataan di X.

Pelapor khas seperti Albanese merupakan pakar bebas yang dilantik oleh majlis hak asasi PBB, namun mereka tidak bercakap bagi pihak pertubuhan tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN