2 lelaki Nigeria ahli sindiket `love scam' dihukum penjara di Singapura - Utusan Malaysia

2 lelaki Nigeria ahli sindiket `love scam’ dihukum penjara di Singapura

WARGA Nigeria Awolola Oladayo Opeyemi (kiri) dan Awolola Gbolahan Ayobami (kanan) dihukum penjara di Singapura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua warga Nigeria terlibat dalam sindiket penipuan cinta atau `love scam’ yang berpangkalan di Malaysia, dikenakan hukuman penjara di negara ini.

Lapor Channel News Asia, Awolola Oladayo Opeyemi dijatuhi hukuman penjara selama 60 tahun manakala rakannya, Awolola Gbolahan Ayobami, 40, dihukum penjara 50 bulan.

Kedua-dua lelaki itu ditahan reman selama dua tahun selepas ditangkap di Malaysia dan dibawa ke Singapura untuk didakwa.

Opeyemi, 37, mengaku bersalah atas empat pertuduhan termasuk bersubahat untuk memperoleh hasil jenayah dan menghalang proses keadilan, dengan lima pertuduhan lagi diambil kira.

Ayobami, 40, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat untuk menerima hasil jenayah dan menghalang proses keadilan, dengan empat pertuduhan lagi dipertimbangkan.

Dalam sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua lelaki itu merupakan anggota sindiket berpangkalan di Malaysia yang melakukan penipuan cinta secara dalam talian dan mempunyai mangsa di seluruh dunia.

Modus operandi penipuan itu melibatkan scammer berkenalan mangsa dengan menggunakan identiti palsu dalam talian sebelum menjalin hubungan dan mendapat kepercayaan mereka.

Scammer akan meminta wang mangsa dengan menggunakan pelbagai premis palsu.

“Mangsa kemudian akan melakukan transaksi wang menerusi bank atau menyerahkan wang tunai mengikut arahan scammer,” jelas laporan itu.

Opeyemi dan Ayobami dilaporkan bersubahat dengan seorang lagi individu yang dikenali sebagai Fola.

Dilaporkan, Fola akan memperdayakan mangsa manakala Opeyemi dan Ayobami pula merekrut keldai wang untuk membantu mereka mendapatkan wang daripada mangsa.

Sebagai sebahagian skim itu, Opeyemi dan Ayobami menjalin hubungan dengan wanita warga Singapura dan menghamilkan mangsa lalu merekrut mereka sebagai keldai wang.

“Keldai wang itu sama ada akan menyerahkan wang tunai kepada Opeyemi dan Ayobami di Malaysia selepas memperoleh daripada mangsa atau membuka akaun bank di Singapura untuk menerima wang tersebut.

“Mereka kemudian akan mengeluarkan wang tersebut dan menyerahkannya kepada dua lelaki itu di Malaysia,” jelas laporan.

Dilaporkan, salah seorang mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak S$53,700 (RM166,272) kepada keldai wang Ayobami manakala seorang lagi memberi S$46,500 (RM143,984) kepada individu direkrut oleh Opeyemi pada Januari 2018.

Keldai wang Opeyemi kemudian melakukan perjalanan ke Malaysia untuk menyerahkan kesemua wang berkenaan.

Opeyemi menggunakan akaun bank POSB milik keldai wang itu untuk menerima hasil jenayah sehingga ia dibekukan oleh pihak berkuasa.

Keldai wang Opeyemi kemudian memberi butiran akaun OCBC miliknya kepada lelaki itu untuk menerima transaksi wang daripada mangsa lain.

Dilaporkan, akaun itu digunakan untuk menerima sebanyakS$255,935 (RM792,489) daripada empat mangsa di Singapura, Kanada dan Macau antara tempoh Jun dan Ogos 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya