Warga Malaysia dipenjara kerana teh disangka dadah - Utusan Malaysia

Warga Malaysia dipenjara kerana teh disangka dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Dua wanita warga Malaysia dilaporkan menjalani hukuman penjara selama empat bulan di Australia selepas disalah tuduh mengimport dadah ke negara itu.

Connie Chong Vun Pui dan anak perempuannya, Melanie Lim San Yan sebenarnya cuba membawa kira-kira 25 kilogram (kg) teh gula perang tebu ke Australia.

Teh itu digunakan sebagai ubat popular dan tradisional untuk pelbagai jenis penyakit.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, wanita tersebut pada mulanya merancang menjual teh berkenaan untuk memperoleh keuntungan sebanyak AUD90 (RM273) bagi setiap lima kotak.

Namun, pada Januari lalu, pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) merampas penghantaran mereka di Lapangan Terbang Sydney.

Pegawai tersebut secara silap mengenal pasti teh berkenaan sebagai amfetamin.

ABF kemudian mengesan alamat penghantaran dan menyerbu rumah wanita tersebut yang terletak di barat daya Sydney.

Pasangan ibu dan anak itu didakwa atas tuduhan pengedaran dadah komersial yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Dilaporkan, sepanjang siasatan dijalankan, kedua-dua wanita itu tidak dibenarkan diikat jamin.

Dalam sesi pendengaran pada 16 November lalu, Mahkamah Tempatan Downing dimaklumkan bahawa polis sudah mengetahui mengenai masalah mengenal pasti dadah sejak awal lagi.

Namun, mereka tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada pasukan peguam bela wanita berkenaan.

Malah, pada April lalu, seorang pegawai ABF memaklumkan kepada Konstabel Kanan Detektif Bankstown Tara Conaghan menerusi emel bahawa keputusan ujian makmal menunjukkan tiada bahan terlarang dikesan terhadap barangan dirampas.

Katanya, ujian makmal mengenal pasti phenmetrazine sebagai bahan keempat yang mungkin terkandung dalam barangan dirampas selepas gula, sukrosa dan gula tepung.

Akhirnya, kedua-dua wanita itu dibebaskan dari penjara pada Mei lalu.

Bagaimanapun, tuduhan terhadap pasangan ibu anak itu hanya ditarik balik pada Ogos lalu selepas polis New South Wales menerima keputusan analisis forensik mereka sendiri.

Vun Pui dan San Yan kini memfailkan saman terhadap pihak berkuasa Australia bagi menuntut ganti rugi.

Kes perbicaraan ditangguhkan ke Mac tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.