Elak serumah dengan bekas mentua
SOALAN
Bolehkah saya tinggal serumah dengan bekas ibu mentua yang sudah kehilangan suami? Apa hukumnya kerana saya dan anaknya sudah berpisah tetapi dia tidak mahu berpisah dengan cucunya iaitu anak saya bersama anaknya.
Halif Afdan
Sentul
JAWAPAN
Hukum tinggal di rumah bekas mentua jika menantu perempuan adalah harus. Jika bekas menantu itu lelaki adalah lebih baik dielak. Namun apabila ada bekas pasangan ia menjadi berisiko yang sewajarnya tidak tinggal sekali. Cukuplah dengan menziarahi.
Hantaran mahal bebankan lelaki
SOALAN
Apakah hukumnya meletakkan hantaran kahwin yang mahal disebabkan belanja kenduri juga tinggi ekoran kenaikan kenaikan harga barang?
Syam
Melaka
JAWAPAN
Hukum meletakkan mahar yang mahal tidaklah terlarang. Bagaimanapun, ia boleh membebankan pihak lelaki. Mahar yang berkat adalah mahar yang memudahkan pihak lelaki.
Kahwin untuk jaga diri dan tambah zuriat
SOALAN
Bolehkah saya sebagai wanita menolak untuk berumah tangga selepas melihat rakan saya ramai yang teraniaya selepas berumah tangga?
Saidah
Kajang Selangor
JAWAPAN
Hukum tidak berkahwin tidaklah haram. Namun sekiranya adalah keperluan untuk menjaga diri disunatkan berkahwin dan menambahkan zuriat.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










