Wanita sujud depan lelaki yang tagih cintanya selama lima tahun - Utusan Malaysia

Wanita sujud depan lelaki yang tagih cintanya selama lima tahun

TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang wanita bersujud di depan lelaki yang menagih cintanya di Hefei, China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEFEI: Seorang wanita terpaksa bersujud di depan seorang lelaki yang tidak berputus asa menagih cintanya selama lima tahun.

Berdasarkan video yang tular dalam media sosial di China itu, wanita tersebut dilihat bercakap dengan lelaki itu seolah-olah memujuknya, sebelum bersujud di depannya.

Wanita itu juga dilihat membaling bunga yang diberikan lelaki tersebut.

Media tempatan melaporkan, lelaki tersebut terus menagih cinta dari wanita itu biarpun sudah banyak kali cintanya ditolak.

Disebabkan sudah tidak tahan dengan gangguan lelaki itu, wanita tersebut sanggup sujud di depan lelaki berkenaan agar dia tidak lagi diganggu.

Wanita itu juga merayu agar lelaki tersebut meninggalkannya dan meminta dia mencari wanita lain.

Namun, video itu berakhir tanpa orang ramai mengetahui apakah pengakhiran kepada ‘drama’ tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN