Wanita lahirkan anak dalam kereta peronda lebuh raya - Utusan Malaysia

Wanita lahirkan anak dalam kereta peronda lebuh raya

PASUKAN perubatan memeriksa keadaan Watriyah dan bayinya di dalam kereta peronda lebuh raya sebaik sahaja tiba di hospital. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita melahirkan anak di dalam kereta peronda lebuh raya di Tol Palikanci Cirebon di Jawa Barat semalam.

Keadaan wanita itu yang dikenali sebagai Watriyah, 20, dan bayinya dalam keadaan sihat.

Ketua Unit Peronda Lebuh Raya Palikanci-Pejagan, Aries Riyanto berkata, wanita itu bersama suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Pekalongan, Jawa Tengah dengan menaiki bas ekspres.

Pasangan itu memberitahu, mereka ingin pulang ke kampung sebagai persediaan menyambut kelahiran anak mereka.

“Ketika dalam perjalanan, wanita itu mengalami sakit bersalin (kontraksi) menyebabkan bas berhenti di depan kereta peronda yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Kami segera membawa wanita itu ke hospital terdekat, namun tidak sempat kerana sebaik sahaja tiba di hospital, bayinya sudah dilahirkan,” kata Aries.

Jelas Aries, pasangan suami isteri itu bersama seorang lagi anak mereka dibenarkan meneruskan perjalanan ke kampung selepas doktor mengesahkan keadaan Watriyah stabil serta bayinya juga sihat. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN