Upah jaga kubur RM290 sehari - Utusan Malaysia

Upah jaga kubur RM290 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN SELATAN: Lima pemuda tidak kisah bekerja sebagai penjaga kubur di Kabupaten Tabalong kerana diupah sebanyak sejuta rupiah sehari (RM290).

Lapor Tribunnews, lelaki yang menjaga kubur itu adalah M.Ramlan, M.Arsyad Maulana, Rama Ikhwan, Suriyani dan Haris.

M. Arsyad Maulana sudah bekerja sebagai penjaga kubur selama tiga tahun atas permintaan keluarga jenazah sendiri.

“Kebiasaannya, kami akan menjaga kawasan kubur selama tiga hari tiga malam dengan membaca al-Quran.

“Upah yang diterima juga tidak termasuk kos makan,” katanya selepas memuat naik video rakaman dalam TikTok.

Video tersebut ditonton lebih 20 juta pengguna.

Menurut Arsyad, selain al-Quran, dia turut membawa bantal, kain sarung, pemanas air eletrik, kopi dan makanan ringan ke kawasan kubur itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya