Tragedi di Selat Inggeris, 27 pendatang lemas termasuk kanak-kanak - Utusan Malaysia

Tragedi di Selat Inggeris, 27 pendatang lemas termasuk kanak-kanak

MANGSA menaiki bot milik Institusi Bot Penyelamat Nasional Diraja (RNLI) sebelum dibawa ke pantai di Dungeness di pantai tenggara England. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cubaan sejumlah pendatang untuk merentasi Selat Inggeris bertukar tragedi apabila 27 daripadanya lemas selepas bot yang dinaiki karam dalam satu insiden semalam.

Kejadian itu disifatkan sebagai tragedi paling buruk dalam rekod melibatkan pendatang di perairan yang memisahkan Perancis dan United Kingdom (UK).     

Menurut pihak berkuasa Britain, Perancis sebelum ini memaklumkan seramai 31 orang maut namun, jumlah itu kemudiannya diturunkan kepada 27 selepas semakan dibuat.

Berdasarkan laporan Reuters yang memetik kenyataan saksi tempatan, ramai orang meninggalkan pantai utara Perancis berbanding hari biasa lain dengan mengambil kira keadaan laut yang agak tenang walaupun airnya sangat sejuk.

Seorang penduduk menghubungi pasukan penyelamat selepas menemukan sebuah bot kosong serta mayat dan mangsa yang tidak sedarkan diri dalam air.

Satu operasi mencari dan menyelamat melibatkan pihak berkuasa Perancis-Britain dilancarkan dengan menggunakan tiga bot dan tiga helikopter.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin berkata, polis menahan lima individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden itu.

Katanya, dua mangsa dalam keadaan kritikal dengan hipotermia teruk.

Setakat ini, identiti dan kewarganegaraan mereka yang menaiki bot itu belum dikenal pasti.

Akhbar Times melaporkan, antara mangsa yang maut merupakan seorang tentera Afghanistan yang sebelum ini pernah bekerja dengan tentera Britain dan keluarganya menyeberangi perairan itu setelah menunggu lama untuk mendapatkan bantuan dari UK.

Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) menyifatkan kejadian itu sebagai kehilangan nyawa paling besar di selat tersebut sejak IOM mula mengumpul data pada 2014. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.