HONIARA: Tiga mayat ditemukan dalam sebuah bangunan musnah terbakar di ibu negara Kepulauan Solomon.
Polis mengesahkan kes kematian pertama yang dilaporkan selepas rusuhan selama beberapa hari.
Tiga mayat rentung itu ditemukan dalam sebuah stor bangunan itu yang terletak di daerah Chinatown di Honiara.
Seorang pengawal keselamatan mendakwa beliau menemukan mayat berkenaan di dalam dua bilik berasingan pada Jumaat lalu.
Menurut polis, pasukan forensik sudah melancarkan siasatan dan masih berada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti. – AFP