Tiada denda dikenakan sejak Kempen Meja Bersih dilancarkan di Singapura - Utusan Malaysia

Tiada denda dikenakan sejak Kempen Meja Bersih dilancarkan di Singapura

GAMBAR HIASAN-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sejak tindakan penguatkuasaan berkaitan peraturan bersihkan meja dan pulangkan dulang di pusat-pusat penjaja berkuat kuasa 1 September lalu, hanya satu amaran bertulis diberikan kepada seorang pelanggan yang enggan mematuhi nasihat penguatkuasaan tersebut.

Lapor berita.mediacorp, lebih membanggakan apabila tiada denda dikeluarkan sejak arahan itu dikuatkuasakan.

Menteri Kanan bagi Kemampanan dan Persekitaran, Amy Khor berkata, tindakan penguatkuasaan itu mula dilaksanakan selepas tempoh percubaan selama tiga bulan berakhir.

“Para pelanggan lazimnya memberi kerjasama di pusat-pusat penjaja, dengan ramai yang mengambil inisiatif untuk memulangkan pinggan mangkuk dan dulang yang kotor selepas makan atau berbuat demikian apabila dinasihati.

“Alasan utama yang diberikan oleh para pelanggan jika mereka tidak membersihkan meja selepas makan adalah kerana terlupa,” katanya di Parlimen, semalam.

Di bawah peraturan itu, pelanggan yang tidak membersihkan dulang, sampah dan pinggan mangkuk yang kotor akan dinasihati dahulu supaya berbuat demikian oleh pegawai penguatkuasaan.

Jika mereka enggan mematuhi nasihat pegawai, butiran peribadi mereka akan dicatit dan diberikan amaran jika ia adalah kesalahan pertama.

Hanya pesalah kali kedua atau seterusnya akan dikenakan denda atau dibawa ke mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN