Sungai Hualai paling sempit di dunia, mengalir sejak 10,000 tahun lalu - Utusan Malaysia

Sungai Hualai paling sempit di dunia, mengalir sejak 10,000 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sungai Hualai di China disifatkan sebagai sungai paling sempit di dunia, dengan ukuran lebar antara empat hingga 15 sentimeter (cm).

Sungai Hualai yang terletak di Inner Mongolia di utara China itu diukur sepanjang 17 kilometer.

Menurut kumpulan pakar alam sekitar di negara ini, sungai itu sudah mengalir sejak 10,000 tahun lalu menerusi sumber mata air bawah tanah.

Sungai itu kemudiannya mengalir Tasik Dalai Nur yang menjadi kolam takungan semula jadi.

Dalam pada itu, ada beberapa pihak tidak bersetuju Hualai dikategorikan sebagai sungai kerana terlalu sempit.

Namun, aliran sungai itu terus mengalir setiap tahun dan mempunyai elemen sungai seperti lembangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN