`Prank' curi kereta makan diri - Utusan Malaysia

`Prank’ curi kereta makan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tiga personaliti media sosial di Rusia dikenakan hukuman penjara lebih tiga tahun selepas didapati melakukan prank melampau terhadap seorang pemandu e-hailing dengan berpura-pura mencuri keretanya.

Lapor Oddity Central, pada Mac lalu, tiga influencer tersebut memutuskan untuk melakukan prank itu dan merakam serta memuat naik video berkenaan di laman media sosial.

Ketika kejadian, tiga individu tersebut menghubungi syarikat perkhidmatan e-hailing kononnya mahu menempah kereta untuk melakukan perjalanan.

“Apabila kereta sudah sampai, dua individu itu masuk ke dalam kereta dan meminta pemandu untuk membantu seorang lagi rakan yang sedang meletakkan bagasi dalam bonet kenderaan itu.

“Apabila pemandu e-hailing itu keluar, salah seorang individu dalam kenderaan tersebut melompat ke tempat duduk pemandu lalu melarikan kereta berkenaan,” jelas laporan itu.

Seluruh kejadian itu dirakam oleh seorang lagi rakan kepada influencer berkenaan.

“Pemandu itu menyangka keretanya telah dicuri lalu menghubungi polis.

“Ketika mereka memulangkan semula kereta dan mengakui perbuatannya adalah gurauan semata-mata, polis sudah sampai di tempat kejadian,” jelas laporan itu.

Sebuah mahkamah memutuskan Dumshebay E., Tusupov A. dan Khasanov R.N. didapati bersalah melakukan jenayah dibawah Perkara 166 Kanun Tatacara Jenayah Persekutuan Rusia.

Ketiga-tiga individu itu dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan.

“Mereka akan menjalani hukuman tersebut di sebuah kem tahanan di tanah jajahan Rusia,” jelas keputusan mahkamah itu.

Dilaporkan, personaliti media sosial berkenaan mungkin akan dihantar ke kem tahanan gaya Gulag, kira-kira 500 kilometer (km) dari Moscow.

Kem itu terletak berhampiran pekan kecil dan hanya menawarkan kemudahan yang amat terhad kepada tahanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya