Portugal larang hubungi pekerja selepas waktu pejabat - Utusan Malaysia

Portugal larang hubungi pekerja selepas waktu pejabat

PEKERJA di Portugal berhak mematikan peranti dan mesej berkaitan kerja di luar waktu pejabat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Portugal memperkenalkan satu undang-undang baharu yang melarang majikan daripada menghubungi pekerja selepas waktu tamat kerja di pejabat.

Lapor Daily Mail, syarikat akan berdepan hukuman sekiranya mereka menelefon atau menghantar emel kepada pekerja pada waktu malam dan hujung minggu.

Undang-undang buruh baharu itu diluluskan di Parlimen, Jumaat lalu.

Undang-undang itu diperkenalkan oleh parti sosialis sebagai tindak balas kepada peningkatan kes bekerja dari rumah sejak pandemik Covid-19.

Syarikat juga perlu membayar perbelanjaan ditanggung oleh pekerja akibat bekerja dari rumah seperti bil elektrik dan internet.

Ibu bapa kini mempunyai hak untuk bekerja dari rumah sehingga anak mereka berumur lapan tahun, tanpa perlu mengaturnya lebih awal dengan majikan mereka.

Bagaimanapun, pindaan undang-undang buruh Portugal itu tidak terpakai bagi syarikat yang memiliki kurang daripada 10 pekerja.

Beberapa ahli Parlimen Portugal menolak cadangan ‘hak memutuskan sambungan’ yang memberi pekerja kuasa sepenuhnya untuk mematikan peranti dan mesej berkaitan kerja di luar waktu pejabat.

Minggu lalu, Menteri Buruh dan Keselamatan Sosial, Ana Mendes Godinho berkata, meskipun pandemik Covid-19 mempercepatkan amalan bekerja dari rumah, masih terdapat keperluan untuk peraturan
kerajaan.

“Bekerja dari rumah boleh menjadi game changer jika kita mendapat manfaat daripada kelebihan dan mengurangkan keburukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN