PM Greece cadang ‘kurung’ semua rakyat EU belum vaksin - Utusan Malaysia

PM Greece cadang ‘kurung’ semua rakyat EU belum vaksin

PEKERJA menyemak sijil vaksin Covid-19 di laluan masuk premis kedai di Thessaloniki, Greece.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis mahu mencadangkan supaya semua rakyat Eropah yang belum menerima atau enggan divaksin Covid-19 perlu ‘dikurung’ bagi mengekang lonjakan kes jangkitan.

Perkara itu dibangkitkan selepas Greece menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) seterusnya melaksanakan lebih banyak sekatan terhadap rakyat yang belum atau enggan divaksin susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berkata, individu yang belum divaksin dihalang memasuki kawasan tertutup termasuk restoran, pawagam, muzium dan gimnasium walaupun mereka disahkan negatif Covid-19. 

Bagaimanapun, kehadiran ke gereja dibenarkan dengan syarat ujian calitan Covid-19 adalah negatif. 

Greece sudah melaksanakan suntikan vaksinasi sebanyak 62 peratus populasi dari 11 juta penduduk negara itu. 

Pihak berkuasa berharap peratusan tersebut dapat mencecah 70 peratus sebelum Eropah memasuki musim sejuk hujung tahun ini. 

“Ini adalah pandemik kerana masih ramai belum divaksin. Greece terpaksa menanggung kerugian tidak sepatutnya kerana tidak mencapai peratusan vaksinasi seperti negara Eropah lain,” katanya.

Berdasarkan peraturan baharu di Greece, sijil vaksinasi bagi individu berusia lebih 60 tahun hanya sah dalam tempoh tujuh bulan selepas dikeluarkan. 

Ia bertujuan menggalakkan mereka menerima suntikan dos ketiga atau dos penggalak. 

 

KEMATIAN MENINGKAT 

Dalam kenyataan berlainan, pemimpin pembangkang utama, Parti Syriza, ALexis Tsipras mendakwa Mitsotakis perlu ‘bertanggungjawab’ terhadap ‘tragedi belum pernah berlaku sebelum ini’ yang menyaksikan angka kematian akibat Covid-19 melebihi 17,000 orang.

Khamis lalu, Greece merekodkan 7,317 kes baharu dengan 63 kes kematian, sekali gus mencatatkan jumlah jangkitan kes keseluruhan sebanyak 861,117 dan 17,075 kematian. 

Awal bulan lalu, pihak kerajaan melaksanakan beberapa sekatan terhadap rakyat yang belum divaksin, namun membenarkan mereka mengunjungi kebanyakan perkhidmatan dengan syarat membawa keputusan ujian calitan Covid-19 yang disahkan negatif.

Austria, Jerman, Slovakia dan Republik Czech sudah mengehadkan aktiviti harian terhadap rakyat yang belum divaksin minggu ini, susulan penularan jangkitan virus semakin meningkat di seluruh Eropah.

 

PERANCIS GUNA KAEDAH LAIN  

Dalam pada itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan negara itu tidak akan mengikut jejak langkah negara Eropah lain melaksanakan perintah berkurung terhadap rakyat yang belum divaksin. 

Jelasnya, Perancis melaksanakan penggunaan pas kesihatan dalam mengekang penyebaran virus Covid-19.

Hal ini bermakna rakyat hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau ujian calitan negatif semasa mengunjungi restoran, kafe, pawagam serta menaiki kereta api jarak jauh. 

 “Negara yang melaksanakan perintah berkurung terhadap rakyat yang belum divaksin adalah negara yang tidak melaksanakan pas kesihatan. 

“Sebab itu, langkah tersebut tidak diperlukan di negara ini,” katanya ketika ditemu bual akhbar La Voix du Nord. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya