Palsukan sijil kematian isteri, kad pengenalan untuk kahwin lagi - Utusan Malaysia

Palsukan sijil kematian isteri, kad pengenalan untuk kahwin lagi

KEDUA-DUA suspek kini ditahan polis dan bakal dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Seorang lelaki di daerah Badung sanggup memalsukan sijil kematian isterinya hanya untuk berkahwin lagi.

Lelaki berusia 56 tahun itu juga didapati memalsukan kad pengenalan dan kad keluarga bagi membolehkan dia bernikah dengan kekasihnya.

Menurut pihak berkuasa Bandung, perbuatan lelaki itu dibantu oleh Ketua Pejabat Agama Daerah Petang, di sini.

Kes itu bermula pada 2019 selepas lelaki itu bertemu dengan ketua pejabat agama tersebut untuk memintanya mengeluarkan sijil kematian palsu isterinya untuk berkahwin lagi.

Ketua Peguam Negeri Bandung I, Ketut Maha Agung berkata, isteri lelaki itu masih hidup dalam keadaan sihat sehingga kini.

“Selepas semua dokumen dipalsukan, ketua pejabat agama itu menikahkan lelaki itu dengan kekasihnya dan dia menerima ganjaran berupa wang tunai bernilai 1.5 juta rupiah (RM443).

Tidak lama kemudian, isteri suspek mengetahui perbuatan suaminya dan terus melaporkan perkara itu kepada polis.

Sehubungan itu, suaminya serta ketua pejabat agama tersebut ditahan untuk siasatan dan jika didapati bersalah, kedua-duanya boleh dipenjara lapan tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya