‘Pak Arab’ simbah isteri dengan asid hingga mati - Utusan Malaysia

‘Pak Arab’ simbah isteri dengan asid hingga mati

SUSPEK (dalam bulatan merah) ditahan polis selepas dia didakwa menyimbah asid ke isterinya sehingga wanita itu maut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIANJUR: Polis menahan seorang lelaki yang berasal dari Asia Barat selepas dia didakwa menyimbah asid ke isterinya sehingga menyebabkan wanita itu maut.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kediaman pasangan suami isteri itu di Kampung Munjul, Desa Sukamaju, Cianjur, Jawa Barat kelmarin.

Selepas melakukan perbuatan itu, suspek cuba melarikan diri ke luar negara dan dia ditahan polis di lapangan terbang.

Jurucakap polis, Septiawan Adi Prihartono berkata, suspek memberitahu, dia ingin pulang ke negara asalnya di Arab Saudi.

“Polis berjaya tahan suspek ketika dia menunggu pesawat untuk berlepas ke Arab Saudi.

“Polis mengesan suspek berdasarkan data yang diperoleh daripada jabatan imigresen,” katanya.

Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Jelas Septiawan, polis masih meneliti motif kejadian dan Kedutaan Arab Saudi di Indonesia akan turut memberi kerjasama berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah dengan hampir seluruh tubuhnya melecur akibat simbahan asid.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN