Mayat tiga pendaki Perancis ditemukan di pergunungan Himalaya - Utusan Malaysia

Mayat tiga pendaki Perancis ditemukan di pergunungan Himalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Mayat tiga pendaki Perancis yang hilang di pergunungan Himalaya bulan lalu, berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat hari ini.

Polis di daerah Solukhumbu, Inspektor Rishi Raj Dhakal berkata, pasukan penyelamat profesional membawa mayat mangsa ke pekan kecil di Lukla sebelum dibawa ke Kathmandu bagi bedah siasat.

Sekumpulan pendaki itu cuba mendaki puncak Mingbo Eiger pada ketinggian 6,000 meter berdekatan puncak Gunung Everest.

Mangsa terputus hubungan dengan telefon satelit di kawasan kem, 26 Oktober lalu.

Cuaca buruk menyebabkan usaha mencari mangsa terhalang.

Pasukan penyelamat pada awalnya menjangka kesemua mangsa kemungkinan tertimbus dalam runtuhan salji setinggi bangunan lima tingkat.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya