Kerajaan pimpinan Jokowi bukan antikritikan - Utusan Malaysia

Kerajaan pimpinan Jokowi bukan antikritikan

JOKO Widodo menunggang motosikal di litar Mandalika di Lombok Tengah, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Penyelaras Bidang Politik, Undang-Undang dan Keamanan menegaskan pentadbiran Indonesia kini yang di bawah pimpinan Joko Widodo (Jokowi) sama sekali tidak antikritikan, sebaliknya menjawab segala kritikan berdasarkan fakta serta data.

Menterinya, Mahfud MD berkata, kerajaan Jokowi tidak boleh dicop sebagai anti kritikan sekiranya segala permasalahan atau isu yang dikemukakan dijawab berdasarkan fakta.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berhubung kaedah pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini.

Terdahulu, segelintir pihak berpendapat peraturan Covid-19 yang dilaksanakan di negara ini hanya bertujuan untuk ‘mengaut keuntungan’ bagi pihak tertentu.

Mahfud menegaskan, pelaksanaan peraturan tersebut adalah sebagai usaha kerajaan untuk menangani penularan Covid-19 secara konsisten.

“Di negara yang mengamalkan demokrasi, menjawab kritikan secara logik merupakan sebahagian daripada kaedah untuk mencari kebenaran.

“Silakan kritik jika anda mahu dan izinkan kami (kerajaan) untuk menjawab segala kritikan itu berdasarkan fakta dan data yang sahih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya