Gempa bumi kuat landa sempadan Myanmar-India - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat landa sempadan Myanmar-India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 skala Richter melanda kawasan sempadan Myanmar-India pada awal pagi ini, menurut Pusat Seismologi Kebangsaan India.

Laman web Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) pula memaklumkan, gempa bumi itu boleh dirasai di Chittagong di Bangladesh sehingga sejauh Kolkata di timur India.

“Gempa itu sangat kuat,” menurut seorang daripada saksi menerusi laman web EMSC di Chittagong yang terletak kira-kira 184 kilometer ke barat titik gempa.

EMSC pada mulanya memaklumkan gempa itu berukuran 5.8 Richter sebelum mengubahnya kepada 6.1.

Titik gempa dikesan kira-kira 126 kilometer ke tenggara Aizawl di timur laut India. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya