Enggan hasilkan susu, lelaki bawa kerbau ke balai polis - Utusan Malaysia

Enggan hasilkan susu, lelaki bawa kerbau ke balai polis

GAMBAR Babulal Jatav bersama kerbau peliharannya. - TWITTER/TUSHAR_KN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki di Madhya Pradesh, India dilaporkan membawa kerbau peliharaannya ke sebuah balai polis hanya kerana enggan menghasilkan susu.

Lapor Free Press Journal, Babulal Jatav membawa haiwan ternakan itu ke balai polis Nayagaon yang terletak di daerah Bhind.

“Babulal mengadu kepada pegawai bertugas bahawa kerbau peliharaannya tidak menghasilkan susu.

“Justeru, dia meminta bantuan polis untuk menyelesaikan masalah tersebut,” jelas laporan itu.

Media tempatan melaporkan, Babulal yang berasal dari kampung Nayagaon pada mulanya mengemukakan aduan bertulis mengenai masalah dialaminya di balai polis tersebut.

Babulal kemudian kembali semula ke balai polis tersebut dengan membawa kerbau peliharaan bersamanya dan meminta bantuan untuk memerah susu haiwan itu.

Rakaman video mengenai insiden itu menjadi tular dalam laman media sosial.

Kisah itu menarik perhatian rata-rata warganet yang terhibur dengan video berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Polis, Arvind Shah berkata, lelaki itu berasa kecewa dengan kerbau peliharaan yang baharu dibelinya.

“Memandangkan haiwan itu tidak menghasilkan susu, seorang penduduk dari kampung itu menasihatinya untuk meminta bantuan polis.

“Polis akan membantu lelaki itu dalam apa jua cara pun apabila penduduk datang meminta bantuan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN