EU selar tindakan 'samseng' Belarus atasi krisis pelarian - Utusan Malaysia

EU selar tindakan ‘samseng’ Belarus atasi krisis pelarian

KUMPULAN aktivis kemanusiaan mengkritik layanan Poland dan Belarus terhadap pelarian yang berdepan suhu sejuk membeku serta kekurangan makanan dan perubatan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELARUS: Kesatuan Eropah (EU) menyelar tindakan Kerajaan Belarus yang menggunakan pendekatan ‘gaya samseng’ bagi menangani krisis pelarian yang berlarutan sejak sekian lama.

Kerajaan Belarus didakwa menipu golongan pendatang dan pelarian dengan janji palsu mengenai akses mudah kemasukan ke negara EU.

Beratus-ratus pendatang dan pelarian berkhemah dalam suhu hampir membeku di Belarus sejak Selasa lalu, selepas pasukan keselamatan Poland menghalang orang ramai menyeberang sempadan.

Poland selama berbulan-bulan menuduh Belarus cuba mencetuskan konfrontasi besar dengan menggalakkan golongan pelarian dari Asia Barat dan EU sebagai tindakan balas dendam atas sekatan Barat terhadap kerajaan pimpinan Presiden Alexander Lukashenko.

Isnin lalu, keadaan bertambah buruk apabila ratusan pelarian menuju ke sempadan Poland berhampiran kampung Kuznica.

Pelarian turut dilihat cuba melanggar pagar dawai berduri menggunakan penyodok dan peralatan lain.

Susulan itu, kerajaan Poland terpaksa mengerahkan tentera tambahan, pengawal sempadan dan polis bagi mengelakkan pelarian dan migran melintas sempadan.

Presiden Poland, Andrez Duda mendakwa kerajaan Lukashenko ‘menyerang’ kawasan sempadan dan EU dengan ‘cara tidak sopan’.

“Terdapat kira-kira 1,000 pelarian dengan kebanyakannya adalah lelaki muda di kem pendatang yang disekat daripada pihak Belarus. Ini adalah tindakan agresif yang mesti ditolak bagi memenuhi kewajipan kita sebagai ahli EU,” tegasnya.

Aktivis kemanusiaan memaklumkan golongan pelarian di kem tersebut kekurangan sumber makanan dan perubatan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya