fbpx

Elon Musk tak terima gaji macam orang biasa

ELON MUSK

NEW YORK: Bilionair, Elon Musk membuat pengakuan dirinya tidak pernah menerima gaji seperti orang biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu berkata, sebahagian besar kekayaannya diperoleh daripada pemilikan saham ekuiti di Tesla.

“Saya hanya mempunyai pegangan saham sendiri. Jadi, cara saya membayar cukai adalah dengan menjual saham,” katanya.

Apabila Musk hendak membuat pinjaman daripada bank atau membeli secawan kopi, beliau hanya perlu menggunakan saham atau aset lain sebagai jaminan.

Sebagai contoh, pada Ogos lalu, Musk memberitahu menjual 88 juta saham Tesla miliknya kepada pihak bank.

Hal itu dilakukan kerana Musk membuat permohonan pinjaman peribadi.

Pinjaman bank itu tidak akan dikenakan cukai seperti pendapatan pada umumnya.-AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!