Dua pertiga lelaki global meninggal dunia pada usia muda berbanding wanita - Utusan Malaysia

Dua pertiga lelaki global meninggal dunia pada usia muda berbanding wanita

SEKUMPULAN kanak-kanak duduk berehat di kem pelarian Goudebou, utara Burkina Faso. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendapati kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa lebih cenderung meninggal dunia ketika usia remaja berbanding golongan wanita.

Lapor The Guardian, kajian tersebut memberi amaran mengenai jurang jantina dalam kadar kematian bagi kumpulan umur itu yang menjadi semakin tinggi di kebanyakan negara. 

Pada tahun 2019, kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa berusia 10 hingga 24 tahun menyumbang hampir dua pertiga iaitu 61 peratus daripada kes kematian peringkat global.

Sejak 1950, kadar kematian dalam kalangan lelaki berusia 10 hingga 24 tahun menurun sebanyak 15.3 peratus.

Jumlah peratusan itu jauh ketinggalan berbanding peningkatan kadar kematian wanita yang menurun sebanyak 30 peratus bagi kumpulan sama.

Perbezaan paling tinggi dicatatkan di Amerika Latin dan Caribbean, menyaksikan kadar kematian bagi lelaki berumur 20 hingga 24 tahun adalah tiga kali ganda berbanding wanita.

Menurut kajian itu, keganasan serta konflik antara perorangan menjadi punca utama kematian lelaki berumur 15 hingga 24 tahun di rantau itu, manakala sepanjang 20 tahun lalu hanya terdapat sedikit atau tiada peningkatan dalam kematian bagi kumpulan umur ini.  

Dalam pada itu, penyebab utama kematian golongan lelaki pada tahun 2019 adalah berbeza mengikut umur dan negara. 

Bagi remaja lelaki berumur 10 hingga 14 tahun, kebanyakan kematian disebabkan oleh kemalangan di hampir kesemua negara kecuali di negara berpendapatan tinggi yang menyaksikan kanser menjadi pembunuh utama.

Di Asia Selatan dan sub-Sahara Afrika pula, penyakit disebabkan pengambilan makanan atau air tercemar menjadi sebahagian besar punca kematian golongan lelaki dalam umur berkenaan.

Bagi kumpulan lelaki berumur 15 hingga 24 tahun pula, punca kematian mereka disebabkan oleh kecederaan pengangkutan yang dilaporkan di hampir semua negara.

Tambah kajian itu, ketidaksamaan jantina yang semakin meluas di kebanyakan negara didorong oleh kelemahan dalam menangani punca utama kematian bagi kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya