'China, sila keluar dari Laut China Selatan' - Utusan Malaysia

‘China, sila keluar dari Laut China Selatan’

GAMBAR diambil pada Mac 2014 menunjukkan kapal pengawal pantai China dan bot bekalan Filipina terhenti ketika bot tersebut cuba menuju ke Beting Second Thomas di Laut China Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina mendakwa kapal pengawal pantai China menembak meriam air ke arah bot yang menghantar bekalan kepada tentera marin negara itu di Laut China Selatan.

Sehubungan itu, Filipina dengan lantang mengarahkan Beijing ‘berundur’ dari perairan yang dipertikaikan itu.

Setiausaha Luar, Teodoro Locsin berkata, beliau sudah menyuarakan kemarahan, kecaman dan bantahan kepada Beijing berhubung insiden tersebut.

Katanya, insiden itu berlaku pada Selasa lalu ketika bot Filipina dalam perjalanan ke Beting Second Thomas di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan.

“Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu, namun bot kami terpaksa membatalkan misi menghantar bekalan,” katanya dalam kenyataan di Twitter.

Locsin menyifatkan tindakan tiga kapal China itu menyalahi undang-undang.

Beliau juga menyifatkan bot Filipina sebagai kapal awam yang dilindungi dibawah perjanjian pertahanan bersama dengan Amerika Syarikat (AS).

“China tidak mempunyai hak penguatkuasaan undang-undang di dalam dan sekitar kawasan tersebut. Mereka harus mengambil perhatian dan berundur,” katanya.

Sementara itu, Locsin menegaskan, kawasan beting itu berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif Filipina dan menegaskan ‘kegagalan China untuk mengawal tindakan mereka mengancam hubungan istimewa’ antara kedua-dua negara. – AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN