fbpx

26 Januari 2022, 7:01 am

  TERKINI

Cathay Pacific pecat tiga juruterbang dijangkiti Covid-19

TIGA juruterbang Cathay Pacific didakwa dijangkiti Covid-19 kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways memecat tiga juruterbang pesawat kargonya kerana dijangkiti Covid-19 ketika berhenti di Frankfurt.

Cathay menegaskan, keputusan itu dibuat selepas tiga juruterbang itu didapati ‘melanggar peraturan yang ditetapkan ketika berada di luar negara’.

“Ketiga-tiga juruterbang itu tidak lagi berkhidmat dengan Cathay Pacific,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan.

Lapor South China Morning Post, ketiga-tiga juruterbang itu disyaki keluar dari bilik mereka ketika berada di Jerman.

Tindakan kesemua juruterbang berkenaan menyebabkan lebih 150 petugas Cathay dijangkiti Covid-19, termasuk beberapa juruterbang lain dan kru penerbangan.

Susulan kes tersebut, Cathay akan meningkatkan pemeriksaan pematuhan di luar negara bagi memastikan protokol kesihatan dan keselamatan di patuhi sepenuhnya semasa transit.

Kesemua kru Cathay sudah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap dan mereka juga diwajibkan mengambil suntikan dos penggalak dalam masa terdekat.

POPULAR

KOSMO! TERKINI