BEIJING: Beberapa lebuh raya dan taman permainan di sekolah terpaksa ditutup semalam ekoran jerebu tebal yang melanda bandar raya ini.
Jerebu tebal yang menyelubungi beberapa kawasan di Beijing menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad, iaitu kurang 200 meter.
Pihak berkuasa Beijing mendakwa pencemaran itu disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, selain pencemaran serantau’.
Sejumlah lebuh raya yang menghubungkan beberapa bandar utama termasuk Shanghai, Tianjin dan harbin antara yang ditutup ekoran jarak penglihatan terhad.
Keadaan jerebu di Beijing ketika ini diketagorikan ‘sangat tidak sihat’.
Menurut pihak berkuasa, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga petang hari ini.
Pada awal minggu ini, China dilaporkan meningkatkan pengeluaran arang batu hariannya dengan lebih satu juta tan untuk mengurangkan masalah kekurangan tenaga yang memaksa banyak kilang dan premis perniagaan ditutup sejak beberapa bulan lalu. – AFP