Baru bebas dari penjara, bekas banduan ditahan lagi - Utusan Malaysia

Baru bebas dari penjara, bekas banduan ditahan lagi

POLIS Musi Rawas menunjukkan barangan yang dicuri oleh OF dan keluarganya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara, ditahan semula selepas didapati memecah masuk dan mencuri di sebuah warung.

Lapor Kompas, bekas banduan dikenali dengan inisial OF yang berusia 39 tahun, turut membawa bersama dua isterinya dan anaknya termasuk seorang bayi ketika memecah masuk warung berkenaan.

OF yang berasal dari wilayah Musi Rawas di Sumatera Selatan, sebelum ini dipenjarakan atas kesalahan mencuri ayam.

Dua isterinya masing-masing dikenali dengan inisial LS berusia 39 tahun dan AS berumur 12 tahun serta anaknya pula DA berusia 19 tahun.

Ketika kejadian, LS juga membawa bersama bayinya.

Ketua Polis Daerah Musi Rawas, Efrandy berkata, OF dan keluarganya sebelum ini pernah terlibat dalam tiga kes pecah rumah.

OF dan keluarganya didapati memecah masuk warung milik mangsa berinisial SI di kampung Srimulyo, di daerah Terawas.

“OF dan keluarganya mencuri wang sebanyak 4 juta rupiah (RM1,179), sebuah telefon bimbit, tiga tong gas dan rokok,” katanya.

“Secara keseluruhan, mangsa mengalami kerugian sebanyak 8 juta rupiah (RM2,359). Pelakunya merupakan semua ahli keluarga dan OF adalah dalang kecurian itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya