10 hari pertama buka sempadan antarabangsa, 30,000 pelancong masuk Thailand - Utusan Malaysia

10 hari pertama buka sempadan antarabangsa, 30,000 pelancong masuk Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand merekodkan kemasukan kira-kira 30,538 pelancong dalam tempoh 10 hari pertama selepas negara ini membuka sempadan kepada pelancong antarabangsa.

Jumlah itu melibatkan kemasukan pelancong dalam dan luar negara menerusi beberapa lapangan terbang antarabangsa Thailand iaitu di Bangkok, Chiang Mai, Phuket dan Koh Samui.

Berdasarkan jumlah tersebut, dianggarkan 3,000 pelancong masuk ke Thailand setiap hari.

Sebagai perbandingan, kira-kira 108,000 pelancong tiba di negara ini semasa sebelum pandemik.

Selain itu, hampir 150,000 memohon Pas Thailand yang diperlukan untuk memasuki negara ini.

Daripada jumlah itu, 63 peratus sudah diluluskan, manakala 24 peratus lagi menerima kelulusan secara automatik.

Sementara itu, pelancong dari Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah kemasukan paling tinggi ke Thailand iaitu dengan 3,864 orang, diikuti Jerman (3,274), United Kingdom (1,785) dan Jepun (1,713).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya