Warga emas berusia 112 tahun, diiktiraf lelaki tertua dunia - Utusan Malaysia

Warga emas berusia 112 tahun, diiktiraf lelaki tertua dunia

SATURNINO de la Fuente Garcia - GUINNESS WORLD RECORD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Seorang warga emas berusia 112 tahun dan 211 hari dari Sepanyol, diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki paling tua di dunia.

Lapor portal UPI, Saturnino de la Fuente Garcia yang dilahirkan pada 11 Februari 1909 di Leon, Sepanyol menerima pengiktirafan itu pada 10 September lalu.

Dilaporkan, Garcia mempunyai 14 cucu dan 22 cicit.

Warga emas itu ketika ini tinggal bersama anak perempuannya, Angeles dan menantu, Bernardo.

Menurut Garcia, rahsia umur panjangnya adalah menjalani kehidupan yang tenang dan sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN