Wakil rakyat didakwa terlibat cabul remaja bawah umur - Utusan Malaysia

Wakil rakyat didakwa terlibat cabul remaja bawah umur

SEORANG anggota DPR didakwa terlibat kes pencabulan remaja bawah umur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) disyaki terlibat dalam kes pencabulan remaja di bawah umur.

CNN Indonesia melaporkan, pihak mangsa merancang melaporkan kes pedofilia itu ke Badan Siasatan Jenayah, Polis Republik Indonesia (Polri).

“Dakwaan berlakunya perbuatan jenayah cabul terhadap remaja bawah umur. Anak guam kami di bawah umur dengan ancaman dan tekanan,” jelas peguam mangsa, Gangga.

Beliau tidak mahu memperincikan identiti angota DPR itu dan hanya berkata langkah undang-undang akan diambil.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD) DPR, Habiburokhman berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung kes dakwaan penderaan seksual anggota DPR terhadap remaja bawah umur.

Beliau memberitahu, MKD DPR tidak mahu beranggapan dan membuat andaian berhubung kes itu.

Bagaimanapun, mereka membenarkan polis menyiasat sekiranya laporan telah dikemukakan oleh mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya