Vaksin Moderna: Tindak balas antibodi kuat kanak-kanak - Utusan Malaysia

Vaksin Moderna: Tindak balas antibodi kuat kanak-kanak

SEORANG kanak-kanak menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Quito, Ecuador. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Moderna melaporkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan firma itu menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat dalam kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun.

Justeru, syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS) itu akan menyerahkan data ujian klinikal tersebut kepada pengawal selia global dalam masa terdekat.

“Ujian imunogenisiti dan keselamatan vaksin mRNA-1273 dijalankan dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.

“Kami gembira kajian itu mencapai titik akhir imunogenisiti utama,” kata Ketua Eksekutif, Stephane Bancel dalam kenyataan.

Moderna menjelaskan data ujian klinikal yang membabitkan seramai 4,753 kanak-kanak dalam kumpulan usia itu menunjukkan tindak balas imun yang kuat, sebulan selepas dos kedua diberikan.

Jelas firma itu, majoriti kesan sampingan dialami semasa ujian klinikal itu adalah ringan atau sederhana termasuk rasa letih, pening kepala, demam dan sakit di tempat suntikan.

Dos vaksin yang diberikan dalam ujian klinikal itu adalah sebanyak 50 mikrogram iaitu separuh daripada dos standard digunakan untuk golongan dewasa.

Dilaporkan, jumlah dos 50 mikrogram itu juga diluluskan untuk kegunaan sebagai suntikan penggalak.

Keputusan ujian klinikal itu diperolehi selepas Pfizer baru-baru ini mengumumkan vaksin Covid-19 dibangunkan syarikat tersebut menunjukkan 90 peratus keberkesanan mencegah penyakit bergejala dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya