Tonga rekod kes pertama Covid-19 - Utusan Malaysia

Tonga rekod kes pertama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TONGA: Penduduk Tonga berpusu-pusu ke pusat vaksinasi hari ini selepas kerajaan memberi amaran pulau utama Tongatapu akan menjalani perintah berkurung selepas merekodkan kes pertama Covid-19.

Individu yang dijangkiti itu adalah antara 215 orang dalam penerbangan pulang dari bandar Christchurch di New Zealand.

Perdana Menteri, Pohiva Tuionetoa memberi amaran kepada penduduk pulau itu, untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan perintah berkurung sekiranya lebih banyak kes muncul.

“Kita perlu menggunakan masa ini untuk bersiap sedia sekiranya lebih ramai individu disahkan menghidap virus itu,” jelasnya.

Tonga terletak kira-kira 1,800 kilometer dari timur laut New Zealand dan menjadi antara negara yang tidak dijangkiti Covid-19 yang meragut hampir lima juta nyawa di negara ini.

Kira-kira satu pertiga daripada 106,000 penduduk Tonga yang kebanyakan tinggal di Tongatapu, menerima suntikan dua dos vaksin.-AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN