Sydney buka pintu kepada rakyat Australia menetap di luar negara - Utusan Malaysia

Sydney buka pintu kepada rakyat Australia menetap di luar negara

PENDUDUK Australia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney kelmarin sebelum menjalani kuarantin di hotel yang ditetapkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sydney akan membenarkan kemasukan pengembara luar negara yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 ke bandar raya ini tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 1 November ini.

Namun, kebenaran itu hanya dibenarkan untuk rakyat dan penduduk tetap Australia.

Keputusan itu dibuat ketika New South Wales dijangka mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus hari ini, sekali gus menjadi negeri paling cepat melengkapkan program imunisasi Covid-19.

Ketua Menteri New South Wales, Dominic Perrottet berkata, langkah itu perlu bagi ‘menyertai semula dunia’.

“Kita tidak boleh hidup terkurung seperti ini buat selamanya. Kita perlu mengambil risiko untuk menikmati kehidupan yang seharusnya,” katanya.

Australia menutup pintu sempadannya pada Mac 2020 sebagai usaha mengekang penularan jangkitan koronavirus.

Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menerusi pengumuman menegaskan kerajaan perlu kekal dengan perancangan untuk membuka sempadan hanya untuk rakyat dan penduduk tetap sahaja.

Jelas Perrottet, beliau menyokong perkara itu dan perlu memberi keutamaan kepada rakyat sebelum membenarkan kemasukan pelancong dari negara lain.

“Kerajaan persekutuan tidak membuat keputusan untuk membenarkan kemasukan pengembara dari negara lain di bawah perancangan ini.

“Kita mengutamakan pengembara yang merupakan rakyat dan penduduk tetap Australia,” ujarnya.

Bagi penduduk yang tidak divaksin, New South Wales akan membenarkan kira-kira 210 kemasukan ke negeri ini setiap minggu dan mereka masih perlu menjalani kuarantin di hotel selepas ketibaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya