Singapura ubah tarikh Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha untuk 2022 - Utusan Malaysia

Singapura ubah tarikh Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha untuk 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Tarikh hari raya bagi 2022 seperti diumumkan pada Apri lalu oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini diubah.

Berita Mediacorp melaporkan, Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 3 Mei manakala Aidiladha pula pada 10 Julai, bukan 2 Mei dan 9 Julai yang diumumkan sebelum ini.

Demikian dedah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), yang menerangkan tarikh itu disemak semula berdasarkan imkanur rukyah yang kriterianya disemak semula.

Imkanur rukyah adalah tradisi menentukan awal bulan Islam dengan cara mencerap hilal (anak bulan).

“Badan penguasa Islam tertinggi Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura sebulat suara bersepakat untuk menggunakan kriteria yang disemak semula untuk kiraan hisab bagi penentuan kalender Islam bermula 2022,” jelas MUIS.

Perubahan itu juga bermakna, tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam, seperti Awal Muharram, tarikh bulan puasa serta ibadah haji akan terjejas.

Namun, semua tarikh-tarikh itu akan diselarikan di seluruh rantau ini.

MUIS menjelaskan, persetujuan perihal perubahan tarikh-tarikh penting itu dicapai dalam kalangan negara-negara anggota selepas timbul pelbagai penemuan baharu hasil kerja-kerja penyelidikan.

Menjawab pertanyaan Berita Mediacorp, MUIS menyatakan, ini bukan kali pertama tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam diubah.

MUIS bagaimanapun tidak dapat membutirkan bila kali terakhir perkara sebegini dilaksanakan.

MOM hari ini turut mengumumkan bahawa ia sudah mengemas kini dan mewartakan tarikh-tarikh baru Aidilfitri dan Aidiladha itu di laman webnya.

Tahun Baru – 1 Jan 2022 (Sabtu)
Tahun Baru Cina – 1-2 Feb 2022 (Selasa, Rabu)
Good Friday – 15 Apr 2022 (Jumaat)
Hari Buruh – 1 Mei 2022* (Ahad)
Hari Raya Puasa – 3 Mei 2022 (Selasa – tarikh baru)
Hari Vesak – 15 Mei 2022* (Ahad)
Hari Raya Haji – 10 Jul 2022* (Ahad – tarikh baru)
Hari Kebangsaan – 9 Ogos 2022 (Selasa)
Deepavali – 24 Okt 2022 (Isnin)
Krismas – 25 Dis 2022* (Ahad)

*Hari berikutnya iaitu Isnin adalah hari cuti umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya