Polis Indonesia 'smackdown' pelajar sertai demonstrasi, bakal terima hukuman - Utusan Malaysia

Polis Indonesia ‘smackdown’ pelajar sertai demonstrasi, bakal terima hukuman

ANGGOTA polis yang didakwa memukul Fariz memeluk pelajar itu ketika memohon maaf atas perbuatannya di Tangerang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Banten memohon maaf secara terbuka kepada keluarga pelajar universiti yang dipukul oleh anggota polis ketika menyertai demonstrasi di Tangerang kelmarin.

Kejadian itu sempat dirakam dalam sebuah video dan tular dalam media sosial di negara ini.

Dalam video itu, pelajar tersebut yang dikenali sebagai Fariz ‘dihumban’ oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terbaring dan pengsan.

Insiden itu juga disaksikan oleh beberapa anggota polis lain yang segera membantu pelajar tersebut bangun.

Ketua Polis Banten, Rudy Heriyanto berkata, beliau mewakili semua polis di daerah ini memohon maaf atas insiden yang berlaku.

“Kami akui tindakan itu tidak profesional dan sehubungan itu, kami memohon maaf kepada keluarga Fariz.

“Anggota polis yang terlibat akan menerima hukuman atas perbuatannya,” katanya.

Sementara itu, keadaan fariz kini dilaporkan semakin pulih selepas dikejarkan ke hospital susulan insiden tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya