Pihak muzium terpaksa balut patung Squid Game dengan plastik - Utusan Malaysia

Pihak muzium terpaksa balut patung Squid Game dengan plastik

PIHAK muzium terpaksa membungkus semula patung itu dengan plastik dan menyimpannya di tempat peribadi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JINCHEON: Sebuah patung gergasi ‘Lampu Merah Lampu Hijau’ dalam drama bersiri Squid Game yang dipamerkan di muzium di Jincheon County terpaksa ditutup dengan plastik.

Terdapat spekulasi mengatakan pasukan produksi meminjam patung itu dan memulangkan semula selepas penggambaran selesai.

Lapor Hankook Ilbo, terdapat kesalahan komunikasi semasa menempatkan patung itu kerana asalnya diminta diletakkan di tempat peribadi.

Namun, pihak muzium secara tidak sengaja menempatkannya untuk tayangan orang ramai ketika drama itu disiarkan.

Pihak muzium akhirnya terpaksa membungkus semula patung itu dengan plastik dan menyimpannya di tempat peribadi.

Sejak disiarkan dalam Netflix 17 September lalu, drama bersiri Korea Selatan itu menjadi trend di seluruh dunia.

Lapor Koreaboo, boneka tersebut muncul dalam episod pertama berjudul ‘Lampu Merah Lampu Hijau’.

Patung gergasi berbentuk anak perempuan itu akan berpaling dan berkata Mugunghwa kochi pieot seumnida (Bunga Mugunghwa bermekaran).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya