Lelaki ditahan lakukan penderaan seksual sejenis terhadap remaja bawah umur - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan lakukan penderaan seksual sejenis terhadap remaja bawah umur

SUSPEK yang melakukan gangguan seksual di Sleman. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Sleman, Yogyakarta menahan seorang lelai berusia 30 tahun yang disyaki melakukan penderaan seksual sejenis terhadap remaja bawah umur.

CNN Indonesia melaporkan, suspek yang merupakan penduduk Bumijo, Jetis, Kota Yogyakarta ditahan selepas perbuatannya dilaporkan dan kemudian dibawa ke Polis Sleman.

Ketua Unit Jenayah Polis Daerah Sleman, Ronny Prasadana berkata, kejadian bermula apabila suspek bertemu mangsa yang berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Kedua-duanya mengenali antara satu sama lain selepas suspek menghantar mesej berkaitan jawatan kosong di Facebook.

Suspek menawarkan pekerjaan kepada mangsa yang menetap di Muntilan, Jawa Tengah untuk bekerja sebagai pegawai kaunter telefon bimbit.

“Suspek menawarkan pekerjaan dengan gaji 1.8 juta rupiah dan menyediakan tempat tinggal berupa rumah tumpangan. Dia juga dijanjikan untuk diberi banyak pakaian,” kata Ronny.

Suspek meminta mangsa berangkat ke Sleman dan menemuinya di Pangsapuri Kota Malioboro, Sleman.

Mangsa diminta suspek bermalam sebelum diiringi ke rumah tumpangan tempat dia bekerja.

Mangsa ketika itu ditempatkan di bilik yang sama dengan suspek dan seorang lagi lelaki.

“Ketika hendak tidur, mangsa menyedari tangan suspek memegang alat sulit dan mencium lehernya.

“Selepas itu mangsa menghubungi abangnya dan meminta untuk dijemput untuk dibawa pulang. Abang mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan,” jelas Ronny.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polis Sleman, Iptu Yunanto Kukuh menambah, berdasarkan siasatan awal, disyaki mangsa mengalami gangguan seksual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya