Tiga pelaut India maut selepas kapal diserang AS di luar pesisir Oman

Tiga pelaut India maut selepas kapal diserang AS di luar pesisir Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Tiga pelaut India yang berada di atas sebuah kapal komersial yang diserang Amerika Syarikat (AS) di luar pesisir Oman disahkan maut, kata Menteri Perkapalan India, Sarbananda Sonowal pada Khamis.

“Amat menyedihkan untuk mengetahui insiden tragis yang berlaku di atas MT Settebello yang berdaftar di Palau,” katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada serangan terhadap kapal tersebut sehari sebelumnya.

Menurut beliau, tiga anak kapal warga India yang sebelum ini dilaporkan hilang kini disahkan terkorban selepas mayat mereka ditemukan dan dikenal pasti.

Kementerian Luar India sebelum ini memanggil diplomat kanan AS di New Delhi bagi menyampaikan bantahan keras susulan serangan terhadap MT Settebello pada Rabu.

Insiden itu merupakan serangan kedua yang dilaporkan dilakukan AS terhadap kapal dagang yang majoriti anak kapalnya warga India dalam minggu ini.

Pada 8 Jun lalu, pihak berkuasa Oman memindahkan 24 pelaut India menggunakan helikopter dari kapal MT Marivex selepas kapal tangki berdaftar di Palau itu turut diserang AS.

Gambar yang dimuat naik di media sosial oleh Kesatuan Pelaut Hadapan India menunjukkan anak kapal sedang diangkat menggunakan helikopter ketika asap hitam tebal menyelubungi jambatan kapal dan ruang penginapan kru.

Sonowal berkata, kerajaan India akan terus memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam saat sukar ini.

“Saya telah mengarahkan pegawai berkaitan supaya memastikan anak kapal yang terselamat dibawa pulang ke tanah air dengan segera serta menguruskan penghantaran pulang mayat mangsa untuk upacara pengebumian,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN