E&O lancar AVÉA dengan GDV RM1 bilion di Pulau Andaman

E&O lancar AVÉA dengan GDV RM1 bilion di Pulau Andaman

KOK Tuck Cheong (kanan) bersama Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan E&O, Ramesh Gnanasegaran bergambar bersama replika AVÉA Tower A dan B di E&O Gallery, Andaman di sini. UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pemaju hartanah, Eastern & Oriental Berhad (E&O), melancarkan AVÉA, fasa terbaharu kediaman servis tepi marina di Pulau Andaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion, sekali gus memperkukuh penawaran kediaman berkonsepkan tepi laut dalam pembangunan pulau berkenaan.

AVÉA merangkumi 1,080 unit apartmen servis pegangan bebas yang dilengkapi perabot sepenuhnya, terdiri daripada dua menara dengan 540 unit setiap satu.

Projek itu menawarkan lima pilihan susun atur berkeluasan antara 678 kaki persegi hingga 1,076 kaki persegi bagi memenuhi keperluan pemilik rumah moden dan pelabur yang mencari keseimbangan antara kemudahan, kesalinghubungan dan nilai jangka panjang.

Pelancaran AVÉA menyusuli kejayaan Maris, kediaman pertama tepi marina di Andaman yang diperkenalkan pada Disember 2024.

Projek baharu itu menampilkan konsep kehidupan moden berhadapan laut yang menggabungkan reka bentuk praktikal dengan persekitaran komuniti yang berorientasikan kemudahan harian dan gaya hidup pesisir pantai.

Sambutan terhadap pratonton peribadi Menara A pada awal 2026 adalah memberangsangkan dengan kadar pengambilan mencecah 65 peratus.

Susulan permintaan berterusan, syarikat kini memperkenalkan Menara B bagi memenuhi minat pembeli terhadap konsep kediaman tepi marina yang ditawarkan.

Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong berkata, AVÉA merupakan satu lagi pencapaian penting dalam merealisasikan visi Andaman sebagai pulau terancang yang paling sesuai didiami di Malaysia.

“Setiap komponen dalam pembangunan Andaman dirancang secara teliti bagi mewujudkan persekitaran yang saling berhubung dan berkualiti tinggi.

“Sebagai kediaman kedua di tepi marina, AVÉA memperkukuh penawaran gaya hidup waterfront melalui kediaman yang direka dengan baik, kemudahan gaya hidup serta ruang komuniti yang mendekatkan penghuni dengan laut dan pengalaman kehidupan pulau,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran AVÉA Tower B di Pulau Andaman hari ini.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem waterfront Andaman, AVÉA menawarkan akses terus kepada persiaran tepi laut, kemudahan gaya hidup serta pembangunan runcit masa hadapan.

Persiaran tersebut akan menempatkan 10 lot kedai komersial, kafe dan ruang komuniti yang dijangka menjadi hab aktiviti sosial dan komersial baharu di kawasan itu.

Selain kediaman, E&O turut meneruskan pembangunan komponen runcit, komersial dan gaya hidup lain di Andaman bagi memperkukuh ekosistem “live-work-play.”

Kemudahan masa depan termasuk marina, ruang awam dan pelbagai kemudahan yang bertujuan menjadikan kawasan itu destinasi mampan untuk penduduk, pelawat dan komuniti perniagaan.

Dari aspek kelestarian, AVÉA telah menerima Pensijilan Sementara GreenRE Platinum yang mencerminkan komitmen E&O terhadap pembangunan mesra alam.

Pensijilan itu mengiktiraf usaha dalam meningkatkan kecekapan tenaga, prestasi alam sekitar dan kesejahteraan penghuni sejajar dengan matlamat syarikat membangunkan komuniti masa depan yang mampan.

Terletak di dalam perbandaran Andaman, AVÉA mengukuhkan komitmen E&O dalam membangunkan komuniti waterfront yang dinamik dengan menggabungkan kemeriahan kehidupan bandar dan ketenangan persekitaran pesisir pantai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN