Krisis Sudan: Tiga peserta protes maut - Utusan Malaysia

Krisis Sudan: Tiga peserta protes maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 80 yang lain cedera selepas tentera Sudan melakukan rampasan kuasa di negara itu.

Ribuan penunjuk perasaan membanjiri kawasan jalan di ibu negara, Khartoum dan bandar Omdurman susulan penahanan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok serta menteri kanan lain, lapor Al-Jazeera.

Semalam, Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat di seluruh negara serta kerajaan peralihan yang dipimpin oleh Abdalla dibubarkan.

Abdul Fattah berkata, perbalahan antara parti politik menyebabkan pihak tentera terpaksa campur tangan.

Beliau berjanji akan mengadakan pilihan raya Julai 2023 dan menyerahkan kepemimpinan kepada kerajaan yang dipilih rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya