Ketua sindiket dadah Colombia diberkas - Utusan Malaysia

Ketua sindiket dadah Colombia diberkas

ANGGOTA tentera Colombia dan polis mengiringi Otoniel selepas ditahan di Bogota. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Pengedar dadah paling dikehendaki di Colombia, Dairo Antonio Usuga atau dikenali sebagai ‘Otoniel’, diberkas pihak berkuasa.

Otoniel, 50, ditangkap di sebuah pusat operasi utamanya di Necocli, berhampiran sempadan Panama.

Penahanan ketua kumpulan pengedaran dadah terbesar di Colombia yang dikenali sebagai Gulf Clan
itu, menandakan kemenangan besar bagi kerajaan konservatif pimpinan Presiden Ivan Duque.

Otoniel mengambil alih Gulf Clan yang sebelum ini dikenali sebagai Usuga Clan, daripada abangnya, Juan de Dios yang terbunuh dalam operasi polis, 2012.

Berdasarkan badan pemikir bebas, Indepaz, Clan del Golfo mempunyai kira-kira 1,200 lelaki bersenjata dan geng tersebut ditempatkan di 300 bandar di negara ini.

Menurut pihak berkuasa, selain pengedaran dadah, Clan del Golfo turut terlibat dalam aktiviti perlombongan haram.

Kerajaan juga mendakwa kumpulan itu mengancam dan membunuh pemimpin masyarakat di seluruh negara.

Colombia sebelum ini menawarkan ganjaran sehingga tiga bilion peso (RM3.32 juta) kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mengenai lokasi Otoniel.

Amerika Syarikat (AS) pula menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM20.75 juta) kepada pemberi maklumat tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya