Kes dadah: Mahkamah Tinggi Bombay dengar permohonan ikat jamin anak Shah Rukh Khan - Utusan Malaysia

Kes dadah: Mahkamah Tinggi Bombay dengar permohonan ikat jamin anak Shah Rukh Khan

ARYAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Permohonan ikat jamin Aryan Khan akan didengar di Mahkamah Tinggi Bombay hari ini.

NDTV melaporkan, anak superstar Shah Rukh Khan berusia 23 tahun itu ditahan di penjara sejak 8 Oktober lalu dalam kes melibatkan dadah.

Permohonan ikat jamin itu sudah dua kali ditolak sebelum ini.

Mukul Rohatgi, bekas Peguam Negara India, akan mewakili Aryan di mahkamah.

Lapor The Times of India, Biro Kawalan Narkotik (NCB) menahan lapan individu termasuk Aryan, 23, dalam satu serbuan parti di atas kapal persiaran Cordelia yang menuju dari Mumbai ke Goa, 2 Oktober lalu.

Dalam serbuan tersebut, NCB merampas sebanyak 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methylenedioxy­methamphetamine (MDMA), 5 gram dadah jenis mephedrone (MD) dan lebih 1.3 lakh rupee (RM7,315) wang tunai.

Aryan bersama dua rakannya iaitu pelakon filem, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamecha direman dalam tahanan NCB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN