Keadaan sudah baik, AS pula ‘memburukkan’ Syria - Utusan Malaysia

Keadaan sudah baik, AS pula ‘memburukkan’ Syria

MURID sekolah berjalan di sebalik bangunan yang musnah akibat perang di Raqqa, Syria. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Pada 29 September lalu, Jordan membuka semula pintu sempadannya dengan Syria­ selain penerbangan langsung ke Damsyik.

Ketika ini di Syria, banyak kumpulan bersenjata sudah ‘meletakkan senjata’ mereka.

Namun di sebalik perkemba­ngan positif itu, Amerika Syarikat (AS) dilihat ‘berusaha keras me­nimbulkan lebih banyak derita’.

Pembukaan pintu sempadan Nassib di Jordan membawa maksud permulaan baharu hidup dan perdagangan kedua-dua negara.

Royal Jordanian akan terbang semula ke Damsyik, esok.

Dalam analisis Russian Today tulisan aktivis konflik, Eva Bart­lett melaporkan, di bahagian selatan Syria, selepas beberapa tahun kerajaan dan sekutu cuba membawa kembali keamanan, kumpulan bersenjata terakhir meletakkan senjata mereka di Daraa.

Sementara pentadbiran Pre­siden AS, Joe Biden dilihat cuba ‘bertukar pandangan’ dalam kedudukan diplomatik yang berkaitan dengan Syria, tidak banyak yang berubah mengenai kedudukan Amerika terhadap Damsyik.

Sekatan diteruskan di bawah Biden, dan sekurang-kurangnya 900 tentera AS masih ‘menjajah’ bumi Syria secara haram.

Tiada apa yang berubah untuk Syria yang berdepan perang selama 10 tahun, jelas Bartlett.

Dalam pertemuan pada 13 September lalu di Moscow, Presiden Bashar al-Assad dan Vladimir Putin (Presiden Rusia) menegaskan, ketika Syria berusaha mengembalikan kestabilan, tindakan itu ‘terhambat’ oleh kehadiran tentera asing yang tidak diundang dan bukan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Secara jelas, apa yang mereka maksudkan adalah tentera AS dan Turki yang menduduki wilayah Syria bersama proksi – melambatkan usaha damai di Syria.

Bartlett menegaskan, dalam enjin carian melibatkan Syria di internet, tajuk-tajuk yang buruk berkaitan Syria berada di kedudukan atas terutama me­ngenai ‘ke­ganasan’ selain cerita Syria ‘tidak selamat’ untuk pela­rian pulang semula ke tanah air.

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu adalah tidak benar.

“Sejak September 2015, berjuta-juta pelarian rakyat Syria sudah kembali ke tanah air,” katanya.

Namun tegasnya, faktor sebenar yang menjadikan kehidupan di Syria ‘sukar dan berbahaya’ adalah: kehadiran berterusan kumpulan al-Qaeda di Idlib; dan sekatan Barat.

HARGA MAKANAN TINGGI
Bartlett memberitahu, berita terbaharu mengenai Suruhanjaya Siasatan Syria, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang merujuk kepada kekura­ngan bahan bakar dan ancaman keselamatan makanan tidak menyebut mengenai sekatan Barat yang kejam terhadap Syria.

“Saya sendiri berulang kali menulis mengenai kesan sekatan yang mempengaruhi kemampuan Syria mengimport ubat-ubatan atau bahan mentah.

“Mengenai keselamatan makanan yang disebut PBB, ia mencetuskan akibat langsung daripada sekatan yang melumpuhkan ekonomi negara selain mengganggu fungsi sistem kesihatan dan pendidikan dan menjejaskan keupayaan orang untuk bekerja,” katanya.

Tindakan-tindakan itu menyebabkan susut nilai pound Syria, ia yang tidak menyasarkan kerajaan, tetapi penduduk Syria.

Wartawan Russian Today, Dan Kovalik yang berada di Syria melaporkan, 10 tahun lalu, kemiskinan di Syria hanyalah kurang daripada satu peratus.

Namun pada 2015, jumlah itu meningkat kepada 35 peratus manakala harga makanan meningkat 209 peratus pada tahun lalu.

AS ‘HASUT’ NEGARA LAIN
Dalam pada itu al-Jazeera melaporkan, AS tiada perancangan untuk ‘normalisasi atau menambah baik’ hubungan diplomatik dengan kerajaan Syria.

Malah AS ‘menggalakkan’ negara-negara lain melakukan perkara sama.

Kenyataan AS itu susulan soalan yang diajukan Reuters terhadap Washington sama ada negara itu menyokong tindakan Jordan membuka semula pintu sempadan dengan Syria.

AS tidak meletakkan wakil diplomatik di Syria sejak 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN