Guna teknologi AI cegah bunuh diri di jambatan - Utusan Malaysia

Guna teknologi AI cegah bunuh diri di jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Institut Teknologi Seoul sedang membangunkan sistem dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mencegah kes bunuh diri di Korea Selatan.

Lapor Suara.com, sistem AI itu akan mengesan gerak isyarat dan indikasi lain untuk mengenal pasti tanda-tanda individu yang mahu membunuh diri.

Sistem itu akan memberi amaran kepada pasukan penyelamat tempatan sekiranya mengesan mana-mana individu yang kelihatan seperti mahu terjun dari jambatan.

“Kami yakin kamera litar tertutup (CCTV) baharu ini membolehkan pasukan penyelamat mengesan kes dengan lebih cepat,” kata ketua Pasukan Penyelamat di Air Yeouido, Kim Hyeong-gil kepada Reuters.

Menurut beliau, semakin cepat kamera mengesan kes-kes seperti itu maka semakin besar peluang untuk menyelamatkan nyawa.

“Ia membantu kami melakukan operasi menyelamat dengan pantas,” katanya.

Sistem AI itu akan mempelajari corak tingkah laku berdasarkan pengalaman, menganalisis setiap perincian mengenai apa yang dilakukan oleh orang yang berisiko.

“Sistem itu kemudian akan menyenaraikan tindakan bergantung pada sama ada ia disahkan sebagai cubaan bunuh diri atau tidak,” jelas laporan itu.

Kamera keselamatan ini dipasang di jambatan di Seoul.

Para juruprogram mahu menguji sistem tersebut bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Seoul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.