Safawi mahu buktikan masih berbisa

Safawi mahu buktikan masih berbisa

SAFAWI (tengah) beraksi cemerlang bersama Kuching City musim ini.-IHSAN KUCHING CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tengah skuad kebangsaan, Safawi Rasid mahu memastikan kehadirannya kali ini mampu memberi impak positif buat skuad kebangsaan kendalian jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe.

Safawi adalah antara 24 pemain yang mendapat kepercayaan Cheng Hoe untuk menggalas cabaran negara dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China dan Yaman pada 14 dan 17 November ini.

Sehubungan itu, Safawi bertekad mengembalikan semula sentuhan berbisa serta pengaruhnya di padang, sekali gus membalas kepercayaaan barisan kejurulatihan yang memanggilnya kembali menyarung jersi kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu juga meletakkan sepenuh kudrat untuk membantu Harimau Malaya mencapai keputusan positif sekali gus memanfaatkan peluang ini untuk mengembalikan prestasi terbaiknya di peringkat antarabangsa.

“Saya akan cuba untuk memastikan pasukan negara mendapat keputusan positif dan mahu kehadiran saya dalam pasukan memberi impak seperti dahulu.

“Untuk kem kali ini, saya buat yang terbaik untuk pasukan dan tidak lupa juga mahu buat yang terbaik untuk diri saya sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Safawi kini di prestasi terbaik apabila meledak dua gol Kuching City menewaskan Gangwon FC 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), baru-baru ini.

Skuad negara dijadual berdepan tuan rumah China pada 14 November sebelum menentang Yaman pada 17 November, dengan kedua-dua aksi berlangsung di Zhaoqing New District Sports Centre Stadium, Guangdong.

Skuad Harimau Malaya akan melapor diri bagi menjalani kem latihan pusat hari ini sebelum berlepas ke China, pagi esok.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini